Sunday 3 January 2010

Bercuti ke Pantai Timur..

Hai!

Hari ini saya nak ceritakan tentang saya pergi bercuti ke pantai timur.
Saya mula bertolak ke Ipoh dahulu kerana saya mahu mengambil kakak saya dan nenek saya .
Saya mengambil kakak saya di Lata Kinjang kerana di sana politeknik kakak saya membuat pekhemahan di sana.

Selepas, mengambil kakak saya di Lata Kinjang, saya terusakan perjalanan ke kampung pula, kerana saya mahu mengambil nenek saya. Tapi selepas itu saya tidak teruskan perjalanan kerana saya singgah tidur di kampung satu malam.

Pada keesokan harinya, saya mulakan perjalanan pada pukul 7:00 pagi. Kami teruskan perjalanan ke Kuala Kangsar untuk sarapan. Selepas sahaja saya bersarapan, saya bersiar - siar dahulu di luar kawasan istana di Kuala Kangsar. Istana Kuala Kangsar sungguh cantik dan besar. Memang pun istana cantik dengan besar dah rumah raja mana tidak besarkan.

Pada pukul 9:25 pagi, kami singgah Muzium Akreologi di Lenggong, di dalam muzium itu terdapat risalah tentang pada zaman batu dahulu. Best juga dapat masuk muzium itu, sebab ia terdapat cerita tentang 'Perak Men'. 'Perak Men' itu siap ada IC lagi atau di panggil MY kad.

Selepas saya singgah ke muzium tersebut, saya teruskan perjalanan ke Pantai Timur. Pada pukul10:23 pagi saya sudah tiba di sempadan Gerik.Teruskan perjalanan.

12:00 tengah hari, saya tiba di Banjaran Titiwangsa. Whoa sejuk sangat duduk di atas bukit itu rasa macam salji turun. Suhunya sejuk lepas cuaca di sana agak mendung sedikit.

Akhirnya tiba juga saya di sempadan Kelantan / Klate....