Saturday 10 October 2009

Abangku Yang Tersayang!


Abangku yang tersayang, itulah tajuk yang hari ini saya mahu cerita. Saya mempunyai dua orang abang. Abang saya yang pertama ialah , Ahmad Syafiq bin Azizi. Dia itu seorang abang yang nakal. Dia suka ketuk kepala saya dan menarik hidung saya.

Abang saya yang kedua ialah, Anas Syazwan bin Azizi. Dia ini suka sangat mengacau saya. Dia suka sangat menarik rambut saya, pukul saya dan macam-macam lagilah.

Walaupun mereka selalu mengacau saya, mereka tetap abang saya yang tersayang.

SEKIAN!!!!

Monday 5 October 2009

beraya!

Hai , hari ini saya mahu bercerita tentang saya beraya di rumah ustazah saya di Cp.Saya pergi dengan kawan-kawan saya. Kami bertolak pergi pada pukul 2.00 tengah hari, dan pulang pada pukul 3.00 petang.Selepas kami beraya di rumah ustazah, kami pergi beraya di rumah kawan saya Hamizah.Sedap makanannya.Nasi Beriani, Nasi Impit dan Nata De Coco.Selepas saya habis makan di rumah kawan saya, saya pun pulang ke rumah. Itulah cerita tentang saya beraya.


TAMAT!