Saturday 21 November 2009

Buku Novel


Hai!

Hari ini saya akan menceritakan tentang buku novel yang ayahku belikan. Tajuk buku novel tersebut ialah, Maqbul ke Bulan, Biskut Ajaib dan yang terbaru ayah saya belikan ialah Ikan Tawar untuk Lego.

Semua buku tersebut sungguh menarik. Isi kandunagn dalam buku - buku tersebut mempunyai pengalaman yang pernah saya lalui. Kecuali, Maqbul ke Bulan, kerana saya tidak pernah lagi naik ke bulan yang tinggi itu.

Buku - buku yang selama ini saya mahukan ialah, set aku mahu ke New York yang diterbitkan oleh PTS dan jenis - jenis buku yang menceritakan tentang bayi ataupun penjaga bayi. Itulah yang boleh membuatkan saya tertawa sendiri apabila membacanya.

Oleh itu, bacalah buku novel yang anda semua mahukan sahaja.

OK!

Wednesday 11 November 2009

"Datuk ku"


Pada 26 oktober 2008, saya telah pulang ke kampung belah ayah saya iaitu di Ipoh. Ini kerana saya ingin menziarahi jenazah datuk saya yang telah meninggal dunia pada waktu awal pagi tersebut.

Nama arwah datuk saya ialah Haji Ahmad Termizi bin Mat Nor. Datuk saya meninggal pada umur 72 tahun. Datuk saya meninggal disebabkan penyakit jantung.

Saya dan keluarga saya pulang ke kampung pada pukul 3 : 30 pagi dan tiba di sana pada pukul 8 : 00 pagi. Tiba sahaja kami di halaman kampung, tiba juga jenazah datuk saya dari hospital.

Datuk saya seorang yang baik hati dan cukup tegas. Kini nenek saya terpaksa tinggal bersama monyang saya dan pembantu rumah sahaja. Saya berasa sedih kerana tiada lagi datuk saya kini. Saya rindu dengan datuk saya.

Ayuhlah kepada pembaca beragama islam sedekahkan, AL-FATIHAH!
.

Saturday 10 October 2009

Abangku Yang Tersayang!


Abangku yang tersayang, itulah tajuk yang hari ini saya mahu cerita. Saya mempunyai dua orang abang. Abang saya yang pertama ialah , Ahmad Syafiq bin Azizi. Dia itu seorang abang yang nakal. Dia suka ketuk kepala saya dan menarik hidung saya.

Abang saya yang kedua ialah, Anas Syazwan bin Azizi. Dia ini suka sangat mengacau saya. Dia suka sangat menarik rambut saya, pukul saya dan macam-macam lagilah.

Walaupun mereka selalu mengacau saya, mereka tetap abang saya yang tersayang.

SEKIAN!!!!

Monday 5 October 2009

beraya!

Hai , hari ini saya mahu bercerita tentang saya beraya di rumah ustazah saya di Cp.Saya pergi dengan kawan-kawan saya. Kami bertolak pergi pada pukul 2.00 tengah hari, dan pulang pada pukul 3.00 petang.Selepas kami beraya di rumah ustazah, kami pergi beraya di rumah kawan saya Hamizah.Sedap makanannya.Nasi Beriani, Nasi Impit dan Nata De Coco.Selepas saya habis makan di rumah kawan saya, saya pun pulang ke rumah. Itulah cerita tentang saya beraya.


TAMAT!

Monday 7 September 2009

balik kampung sempena hari raya!!!!


Hai! saya nak cerita pasal sempena hari raya nanti. Hari raya nanti,saya akan pulang ke kampung. Mula-mula nanti,saya akan pulang ke kampung belah abah dulu. Saya pun tidak tahu kenapa mesti balik kampung belah abah dulu. Tetapi saya tetap berasa gembira, sebab saya akan berjumpa dengan sepupu - sepupu saya.

Nanti, bila semua sepupu-sepupu saya dah berkumpul dekat kampung , mesti meriah.Tak sabarnya nak balik kampung! waktu malam - malam nanti bolehlah main bunga api. Saya harap nanti waktu main bunga api nanti taklah melecur tangan.

Saya harap nanti , waktu malam- malam hari yang lain , Pak Su sayabuat BBQ untuk kami semua.Sebab , BBQ yang Pak Su saya buat itu sedap sangat . Hingga menjilat jari.

Saya rasa sampai situ sahaja kot. Dengan akhir kata dari saya, jangan main bunga api sampai boleh melecur tangan tau.
.

Sunday 6 September 2009

Balik kampung!!

Saya dan Opah saya

Hello! pada hari sabtu yang lepas iaitu pada 5/9/2009 , saya dan ibu bapa saya pulang ke kampung untuk melawat nenek saya . Kami bertolak dari rumah pada pukul 5.00 pagi. Tetapi kami berhenti di Mc Donald untuk bersahur.

Kami tidak makan di situ, kami ikut Drive Thru" sahaja. Selepas sahaja kami bersahur, kami pergi berhenti di restoran jejantas Sg Buloh untuk berjumpa dengan pak ngah saya . Dia mahu kirimkan ubat untuk nenek saya .

Selepas sahaja kami berjumpa dengan pak ngah saya dan solat subuh , kami teruskan perjalanan ke Ipoh .

Akhirnya, kami tiba di kampung pada pukul 7.45 pagi . Setelah kami sampai di rumah opah,saya terus tidur . Sebab saya ketika itu sedang letih dan pening jadi saya pun berehat. Wah, selesanya apabila saya tidur!

Pada pukul 10.00 pagi, kami pergi ke tesco untuk membeli barang opah saya.

Pada hari keesokkannya, kami pun pulang ke K.L . Sebelum pulang K.L , kami singgah ke politeknik kakak saya kerana dia kena demam campak. Selepas sahaja kami berjumpa dengan kakak saya, kami pun pulang ke K.L.

Itulah kisah saya apabila balik ke kampung. Sekian terima kasih.

Sunday 30 August 2009

Bulan puasa




Assalamualaikum semua, pada hari ini saya akan menceritakan tentang pengalaman saya berpuasa.

Sebagaimana kita dapat tahu, erti puasa ialah menahan diri daripada makan ,minum,jima' dan segala yang boleh membatalkannya sejak dari terbit fajar yang kedua hingga terbenam matahari, itulah ertinya bagi sesiapa yang tidak tahu.

Pengalaman hari pertama saya berpuasa pada tahun ini, memang penat. Sebab hari pertama lagi saya sudah saya sudah sakit perutlah, peninglah. Memang tak tahan langsung dah. Tapi saya sabar dengan dugaan yang saya alami pada hari pertama itu.

Bulan puasa inilah waktu-waktunya untuk kita banyak berdoa kepada Allah. Jadi, janganlah kita membuang masa pada bulan puasa ini. Akhir kata dari saya, berpuasalah pada bulan yang mulia ini. Amin ya rabbal'alamin.

.

Monday 24 August 2009

keluargaku

Hari ini saya mahu buat blog tentang keluarga saya.mula-mula sekali, saya mahu cerita pasal ayah saya yang bernama Azizi Bin Ahmad termizi.dia kerja di perbadanan putrajaya. dia kerja dekat sana sebagai perancang bandar.

ibu saya pula bernama rosilah binti ishak. dia bekerja sebagai suri rumah.kerja dia cuma menjaga anak ,memasak,menjaga suami dan mendidik anak.

selepas itu, saya mahu menceritakan tentang kakak saya pula. namanya nur sakinah binti azizi.dia sekarang belajar di politeknik sultan azlan shah di behrang, perak.

saya mempunyai 2 orang abang.abang saya yang pertama ialah ahmad syafiq bin azizi. dia juga masih belajar. sekarang dia belajar di UiTM di seri iskandar, perak. abang saya yang kedua pula ,juga masih belajar. namanya anas syazwan bin azizi.dia belajar di sekolah berasrama penuh integrasi, jempol di negeri sembilan.

dan ahli keluarga asas yang terakhir ialah saya. kamu semua boleh lihat biodata saya di blog saya.

sepupu ku yg cantek lgi menarek

ha!korang nk taw x?aku ade sorang spepu aku ni!name dye aida ruzana binti azmi.dye 2 cantek sngat!llemah llembot!nk taw x?dah ade 6 org yg minat kat dye!senarai name lelaki yg minat dye:
1.helmi
2.adli
3.asmui
4.zahiruddin
5.zikri
&
6.syaqir
diorang sume 2 gatal!syaqir pernah bgi surat cinta,tpi aida koyak kertas 2!sume 2,aida yg cite kat aku...naseb baek bukan aku yg kene...bye!!!!!

welcome


hello!my name is siti nadiah binti azizi, i am 12 years old. i was born in Kajang. i hope you all will enjoy my blog and i hope you all will be my friend! bbyyee!!