Sunday 6 September 2009

Balik kampung!!

Saya dan Opah saya

Hello! pada hari sabtu yang lepas iaitu pada 5/9/2009 , saya dan ibu bapa saya pulang ke kampung untuk melawat nenek saya . Kami bertolak dari rumah pada pukul 5.00 pagi. Tetapi kami berhenti di Mc Donald untuk bersahur.

Kami tidak makan di situ, kami ikut Drive Thru" sahaja. Selepas sahaja kami bersahur, kami pergi berhenti di restoran jejantas Sg Buloh untuk berjumpa dengan pak ngah saya . Dia mahu kirimkan ubat untuk nenek saya .

Selepas sahaja kami berjumpa dengan pak ngah saya dan solat subuh , kami teruskan perjalanan ke Ipoh .

Akhirnya, kami tiba di kampung pada pukul 7.45 pagi . Setelah kami sampai di rumah opah,saya terus tidur . Sebab saya ketika itu sedang letih dan pening jadi saya pun berehat. Wah, selesanya apabila saya tidur!

Pada pukul 10.00 pagi, kami pergi ke tesco untuk membeli barang opah saya.

Pada hari keesokkannya, kami pun pulang ke K.L . Sebelum pulang K.L , kami singgah ke politeknik kakak saya kerana dia kena demam campak. Selepas sahaja kami berjumpa dengan kakak saya, kami pun pulang ke K.L.

Itulah kisah saya apabila balik ke kampung. Sekian terima kasih.