Monday 7 September 2009

balik kampung sempena hari raya!!!!


Hai! saya nak cerita pasal sempena hari raya nanti. Hari raya nanti,saya akan pulang ke kampung. Mula-mula nanti,saya akan pulang ke kampung belah abah dulu. Saya pun tidak tahu kenapa mesti balik kampung belah abah dulu. Tetapi saya tetap berasa gembira, sebab saya akan berjumpa dengan sepupu - sepupu saya.

Nanti, bila semua sepupu-sepupu saya dah berkumpul dekat kampung , mesti meriah.Tak sabarnya nak balik kampung! waktu malam - malam nanti bolehlah main bunga api. Saya harap nanti waktu main bunga api nanti taklah melecur tangan.

Saya harap nanti , waktu malam- malam hari yang lain , Pak Su sayabuat BBQ untuk kami semua.Sebab , BBQ yang Pak Su saya buat itu sedap sangat . Hingga menjilat jari.

Saya rasa sampai situ sahaja kot. Dengan akhir kata dari saya, jangan main bunga api sampai boleh melecur tangan tau.
.