Wednesday 11 November 2009

"Datuk ku"


Pada 26 oktober 2008, saya telah pulang ke kampung belah ayah saya iaitu di Ipoh. Ini kerana saya ingin menziarahi jenazah datuk saya yang telah meninggal dunia pada waktu awal pagi tersebut.

Nama arwah datuk saya ialah Haji Ahmad Termizi bin Mat Nor. Datuk saya meninggal pada umur 72 tahun. Datuk saya meninggal disebabkan penyakit jantung.

Saya dan keluarga saya pulang ke kampung pada pukul 3 : 30 pagi dan tiba di sana pada pukul 8 : 00 pagi. Tiba sahaja kami di halaman kampung, tiba juga jenazah datuk saya dari hospital.

Datuk saya seorang yang baik hati dan cukup tegas. Kini nenek saya terpaksa tinggal bersama monyang saya dan pembantu rumah sahaja. Saya berasa sedih kerana tiada lagi datuk saya kini. Saya rindu dengan datuk saya.

Ayuhlah kepada pembaca beragama islam sedekahkan, AL-FATIHAH!
.